Tuesday, December 29, 2009

Asal Mula Alam Semesta - Keajaiban Ilmiah Al Qur'an

Sebuah bintang terbentuk dari gumpalan gas dan asap (nebula), yang merupakan peninggalan dari 'asap' yang menjadi asal kejadian alam semesta.
Gambar 10. Sebuah bintang terbentuk dari gumpalan gas dan asap (nebula), yang merupakan peninggalan dari 'asap' yang menjadi asal kejadian alam semesta. (The Space Atlas, Heather dan Henbest, hal. 50)
Nebula Laguna adalah sebuah gumpalan gas dan asap yang berdiameter sekitar 60 tahun cahaya. Ia dipendarkan oleh radiasi ultraviolet dari bintang panas yang baru saja terbentuk di dalam gumpalan tersebut.
Gambar 11. Nebula Laguna adalah sebuah gumpalan gas dan asap yang berdiameter sekitar 60 tahun cahaya. Ia dipendarkan oleh radiasi ultraviolet dari bintang panas yang baru saja terbentuk di dalam gumpalan tersebut. (Horizons, Exploring the Universe, Seeds, gambar 9, dari Association of Universities for Research in Astronomy, Inc.)
Ilmu pengetahuan moderen, ilmu astronomi, baik yang berdasarkan pengamatan maupun berupa teori, dengan jelas menunjukkan bahwa pada suatu saat seluruh alam semesta masih berupa 'gumpalan asap' (yaitu komposisi gas yang sangat rapat dan tak tembus pandang, The First Three Minutes, a Modern View of the Origin of the Universe, Weinberg, hal. 94-105.). Hal ini merupakan sebuah prinsip yang tak diragukan lagi menurut standar astronomi moderen. Para ilmuwan sekarang dapat melihat pembentukan bintang-bintang baru dari peninggalan 'gumpalan asap' semacam itu (lihat gambar 10 dan 11)
Bintang-bintang yang berkilauan yang kita lihat di malam hari, sebagaimana seluruh alam semesta, dulunya berupa materi 'asap' semacam itu. Allah telah berfirman di dalam Al Qur'an:
ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ
Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap,... (Al Fushshiilat, 41: 11)
Karena bumi dan langit di atasnya (matahari, bulan, bintang, planet, galaksi dan lain-lain) terbentuk dari 'gumpalan asap' yang sama, maka dapat ditarik kesimpulan bahwa matahari dan bumi dahulu merupakan satu kesatuan. Kemudian mereka berpisah dan terbentuk dari 'asap' yang homogen ini. Allah telah berfirman:
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا
Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. (Al Anbiya, 21:30)
Dr. Alfred Kroner adalah salah satu ahli ilmu bumi terkemuka. Ia adalah Profesor geologi dan Ketua Departemen Geologi pada Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Jerman. Ia berkata: "Jika menilik tempat asal Muhammad... Saya pikir sangat tidak mungkin jika ia boleh mengetahui sesuatu semisal asal mula alam semesta dari materi yang satu, karena para ilmuwan saja baru mengetahui hal ini dalam beberapa tahun yang lalu melalui berbagai cara yang rumit dan dengan teknologi mutakhir. Inilah kenyataannya." Ia juga berkata: "Seseorang yang tidak mengetahui apapun tentang fisika inti 14 abad yang lalu, menurut saya, tidak akan pernah boleh mengetahui, melalui pemikirannya sendiri, bahwa dulunya bumi dan langit berasal dari hal yang satu."
Untuk melihat video komentar sang profesor silakan klik tautan berikut ini: (Bahasa Inggris, format RealPlyer)
Video 1
Video 2

Monday, December 28, 2009

Apa Kuasa Seorang Blogger?

blog-ikan-keli
Tahukah anda kebanyakkan berita di top ranking google dipelopori oleh blogger? tak caya? Cuba taip “ikan keli babi” kat google di mana satu ketika dulu (dalam pertengahan tahun 2009) topik ni sangat panas. so tengoklah result page dari google..adakah page berita harian top result? metro? utusan? semuanya tidak. sebab top search untuk keyword “ikan keli babi” ialah sebuah blog (tengoklah gambar result kat atas tu)..

Untuk top 5, 3 daripadanya adalah blog sedangkan berita ini diwarwarkan oleh suratkhabar..ok tak puas hati lagi? ok, korang search “kereta terjun kb mall” kat google. Korang akan dapat lihat page hmetro berada di kedudukan ke5. Top 4 adalah blog. So jika orang tak perasan yang metro bawah tu, gerenti dia akan klik kat blog tu..so dia akan dapat berita dari blog tersebut walaupun dia tak tahu samada blogger tu tulis betul atau tak.
kereta-terjun-kb-mall
hmmm..so anda dah nampak kuasa penulisan seorang blogger? Jika blogger tu menulis sesuatu yang tak betul dan mendapat top ranking di google, maknanya akan ada ramai orang yang akan tertipu membaca penulisannya. so itulah kenapa ramai parti politik dah mula berbaik dengan blogger  untuk kurangkan blogger kutuk parti mereka. Kalau korang pernah dengar masa piliharaya lepas yang mengatakan kekalahan teruk BN disebabkan kuasa blog..sebab masa tu banyak blog muncul dan kutuk pemerintahan BN, so BN dipandang buruk dan akhirnya kalah di kawasan2 sepatutnya menang..
Itu dari segi politik..kalau dari segi perniagaan, promosi dari blogger ni penting. Contohnya anda nak jual ekamus. Kalau setakat open web dan biarkan sales masuk, memang sales takkan masuk. Tapi jika ada pembeli anda seorang blogger dan menulis review seperti kelebihan ekamus, insyallah sales akan meningkat sedikit demi sedikit..
Itulah dah ramai blogger memperkenalkan pakej review mereka dan nampaknya pakej review sekarang ni lebih diminati peniaga sebab penerangan yang diberikan akan membantu jualan berbanding jika hanya meletakkan banner di blog. Namun semua pakej pengiklanan ada pro dan kontranya..pilihlah yang terbaik.
So kepada sahabat blogger diluar sana, ketahuilah yang suara anda akan memberi impak yang besar..jangan stop menulis malah marilah kita menulis dengan lebih banyak lagi

Apa Beza Server Di Malaysia Dan US?


 
dedicated-server
      Terlalu ramai yang bertanyakan apakah beza shared web hosting di server Malaysia dan di US. Jadi rasanya perlu saya terangkan di sini untuk elakkan korang semua tersalah pilih atau tersalah faham. Memang tak dinafikan harga pakej hosting shared web hosting atau server di US adalah lebih murah jika server di Malaysia..Kenapa?

vps
Banyak faktor pemilihan samada nak pilih web hosting hosted di Malaysia atau di US antaranya:
  1. Fokus utama pelawat web/blog anda: Jika anda target untuk pasaran luar terutama US, jadi sebaiknya pilihlah hosted di US. Tapi jika ianya untuk fokus pasaran Malaysia atau blog peribadi, sebaiknya pilihlah hosted di Malaysia
  2. Bajet anda: Biasanya pakej untuk server di US lagi murah berbanding di Malaysia ialah kerana kadar sewa datacenter dan peralatan di US jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Itu yang menyebabkan harga hosted di US boleh ditawarkan pada harga sangat murah tapi kualiti terbaik.
  3. Saiz web anda: Jika anda rasakan memerlukan saiz yang besar, carilah pakej server US kerana harga murah untuk saiz yang besar dan kekadang tu unlimited. Tapi ingat, pastikan anda memilih pakej yang bersesuaian dengan anda. Kalau besar sangat tapi tak akan digunakan pun tak perlu jugak tapi kalau murah tu, rembat aje..hehe.. Sebab kebanyakkan pengguna web hosting hanya mengguna 5-10% dari saiz yang dibeli.
  4. Speed network: Biasanya di US, line yang bekalkan ialah 100 mbps atau lebih, so lajulah jugak kalau data tu nak travel merentas benua2 untuk sampai ke asia ni. Tapi di Malaysia biasanya hanya 1 mbps, slow skit untuk diakses di oversea.
Server biasanya sama saja. Cuma jarak yang memisahkan antara anda dan akaun hosting anda. Oleh kerana line oversea dari Malaysia ni kekadang tu slow (kekadang je), ini yang mengganggu pengguna server di US. Tu pun biasanya sekejap je recover oleh pihak TM.
Mencari pakej hosting terbaik untuk anda? Semak di Malaysia Web Hosting . Di JOMHosting.NET, pakej untuk server Malaysia bermula dari RM10 setahun untuk pakej 100mb. Manakala untuk pakej server US, harga bermula RM50 setahun untuk pakej 5GB. Layarilah Pakej JOMHosting.NET- Malaysia Web Hosting untuk info lebih lanjut

Saturday, December 26, 2009

Minum Berdiri & Kelebihan Air Zam-Zam


Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. Permasalahan berkaitan minum berdiri ini telah menyebabkan ulama berbeza pendapat mengenai hukum minum berdiri itu. Hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat oleh Imam Muslim iaitu:

Terjemahan: dari Anas R.A., sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri. Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771. Hadis ini menjelaskan larangan yang berbentuk tegahan minum secara berdiri. Namun ulama telah berselisih pendapat mengenai larangan minum berdiri ini. Ibn qym berpendapat hokum minum berdiri ini adalah haram dan hanya dibenarkan sekiranya terdapat halangan yang menghalangnya minum secara duduk.

Namun beberapa fuqaha seperti Imam Malik berpendapat larangan ini telah dimansukhkan dengan hadis Ibn Abbas iaitu:
Terjemahan: dari Ibn Abbas berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri (riwayat Muslim).

Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim didalam kitab minuman, bab minum air zam-zam berdiri, hadis ke 3776. Hadis ini menunjukkan Rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Imam Malik telah memansukhkan hadis yang pertama tadi dengan hadis ini yang menunjukkan minum berdiri bukan haram. Perkataan nabi melarang minum berdiri itu, menurut zahirnya larangan minum sambil berdiri itu. Tetapi hadis Ibnu Abbas menunjukkan bolehnya minum berdiri. Al-Mazuri berkata, orang-orang yang berselisih pendapat dalam masalah ini ialah jumhur yang berpendapat boleh minum berdiri dan pendapat yang lain berpendapat makruh.

Hadis dari Anas merupakan hadis sunnah qauliyah manakala hadis dari Ibn Abbas merupakan hadis sunnah fi’liyyah. Apabila kedua-dua hadis ini bertembung, maka yang menjadi dasar hukum ialah hadis sunnah qauliyah, manakala hadis sunnah fi’liyyah berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadis sunnah qauliyah tersebut. Ini bererti tegahan pada hadis Anas tadi bukan membawa maksud haram, tetapi makruh.

Nawawi berkata yang sebenarnya, larangan yang dimaksudkan itu adalah untuk kebersihan dan perbuatan nabi minum berdiri itu menjelaskan bolehnya minum berdiri dan tidak haram. Berdasarkan pada hadis yang menegah minum berdiri itu, dapat di ihat mengapa Rasulullah saw menegah kita minum berdiri. Di antara sebab di larang minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; di mana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan tenang. Adapun minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan."

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang (strain) dan pada masa yang sama sisitem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mendapat kerehatan anggota. Kerehatan otot adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan wujud ketika mana duduk. Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan sensation (rasa) akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman dan akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul. Namun demikian diharuskan berdiri ditempat yg tak sesuai duduk seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri, ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan Rasulullah SAW minum air zam-zam berdiri.

Persoalannya di sini, mengapa Rasulullah SAW minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati. Jadi inilah sebab Rasulullah SAW minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut cepat dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan anbodi kepada orang yang meminumnya. Di sini saya tunjukkan perbandingan unsur-unsur yang terdapat di dalam air zam-zam dengan air mineral:


PERBANDINGAN UNSUR KIMIA:

ZAM ZAM ( Mg/l ) ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, MINERAL
* Klorida (cl) 159,75 ,………………………………………......Mineral : 30
* Sulfat (SO24) 140 ,…………………………………………...M ineral : 27
* Nitrat (NO3) - ,…………………………………………....…..Mineral : 15
* Nitrit (NO2) 0,045 ,……………………………………..…...Mineral : -
* Bikarbonat (HCO3) 398,22,……………………………..…Mineral : 32
* Flour (F) - ,…………………………………………. ……….....Mineral : 0,7
* Besi (Fe) tak terdeteksi ,………………………………..…..Mineral : 0
* Mangan (Mn) 0,014 ………………………………………....Mineral : -
* Natrium (Na) 318,0 ,………………………………………....Mineral : 20
* Kalium (Ca) 182,2 ………………………………………….... Mineral : 3
* Zat Padat Terlarut (TDS) 858 , …………………………..Mineral : 170
* Magnesium (Mg) 6,86 ……………………………………….Mineral : 5
* Zat Organik 2,79 -………………………………………….. ...Mineral : -
* Jumlah Mikro Organisme (TPK) 38 kolom/ml -…....Mineral : -
* PH 7,3 ………………………………………….. …………….......Mineral : 7,2

Melalui jadual di atas kita dapat lihat perbezaan yang sangat ketara di antara unsur-unsur yang terdapat dalam air zam-zam dengan unsur yang terdapat dalam air mineral, air zam-zam mempunyai kualiti yang sangat tinggi dan tidak dapat di tandingi oleh mana-mana air.

Selain itu diantara kelebihan air zam-zam ialah apabila peminumnya berniat menjadikannya sebagai penawar nescaya Allah akan menyembuhkannya atau dengan niat untuk mendapatkan pertolongan nescaya allah akan menolong. Oleh sebab inilah Rasulullah SAW telah mengajarkan beberapa kaedah dan doa apabila hendak minum air zam-zam ini supaya mendapat keberkatan dari Allah.

Air zam-zam juga mempunyai kelebihan di mana mata airnya tidak pernah kering, walaupun berjuta-juta umat manusia meminumnya setiap hari terutamanya pada musim haji, bahkan pada masa kini dengan peralatan canggih orang yang berada di masjid Nabawi yang jaraknya 450km dari mekah dapat meminum air zam-zam setiap saat dan ianya tidak pernah berkurang apatah lagi kering. Ini menunjukkan keistimewaan yang terdapat pada air zam-zam.

Thursday, December 17, 2009

Penyahcaj Electromagnet adalah Solat




Setiap hari kita terdedah kepada frekuensi-frekuensi hasil daripada gelombang elektromagnet yang boleh membahayakan diri kita. Pernahkah anda terkena simpton tiba-tiba sakit kepala, atau mempunyai rasa malas yang berlebihan. Ia adalah kesan sampingan gelombang elektromagnet.

Hasilnya, anda membeli panadol untuk membunuh atau mengurangkan kesakitan tersebut. Tapi tahukah anda kita umat Islam telah diberi satu anugerah oleh Allah s.w.t iaitu sembahyang 5 waktu. Sembahyang 5 waktu tersebut, mempunyai 4 posisi asas iaitu berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk tahiyat. Untuk kali ini, kami akan huraikan bagaimana sembahyang ini menyahcajkan gelombang elektromagnet yang ada pada diri kita, di mana selepas itu boleh membangkitkan sifat-sifat positif pada diri seseorang.

Untuk menyahelektromagnet, sarjana barat telah membuat kajian dan analisa, bahawa cara termudah ialah melalui, meletakkan dahi ke lantai. Dalam posisi sembahyang ialah pergerakan sujud sebenarnya kaedah untuk menyahcajkan gelombang elektromagnet!



Cara terbaik untuk menyahcajkan ialah sujud menghala ke "center of the earth @ Pusat Bumi". Makkah telah dibuktikan secara saintifik sebagai Pusat Bumi, maka kita umat Islam telah dikurniakan oleh Allah s.w.t tentang cara menyahcajkan gelombang elektromagnet ini secara berkesan.

2 Orang Bangla yang kelakar

Cerite brmula d satu station minyak. D station minyak nie ada 2 org pekerja bangla yg tau cakap melayu skit, omputih skit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro. Sorg tu namanye Majid & seorg lg namanye Iqbal.

Pd satu arie berhenti sebuah kete mewah, mercedes utk mengisi minyak. Pemandu kete tu seorg Pak Arab. Kebetulan pula minyak d pam minyak tu dah abis, nie yg membuatkan Iqbal poning kepalo nak bgtau pd Pak Arab tu yg minyak dah abih. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa melayu,

cuma tau omputih skit & bahasa arabnye ler..

Iqbal
bgtau PakArab tu sambil menyebut "fuel" & dsusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abih,
tapi Pak Arab tu ternganga tak paham.
Iqbal coba lg sekali dgn menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala,
tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!..

Iqbal
tak tau nak wat camner..dia pon gi kat Majid utk menerangkan situasi sebenar.
Mereka bercakap dlm bahasa bangla, & bunyiknye cam nie..

Iqbal:
Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih..
Majid:
ala...ko cakap je la..minyak dah abih..
Iqbal:
dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakap omputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..
Majid:
Aku pun tak tau gak cakap omputih...
Iqbal:
ala..ko tolong ler aku..
Majid:
ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..

Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata;

"Fuel!, Sodoqallah'hul. .azim",


baruler..Pak Arab tu paham & teros blahhh...

RSS Reader Mudahkan Anda Membaca 100 Blog Serentak

Anda gemar membaca blog tapi kesuntukan masa? Masa adalah emas bukan? Begitu juga dengan maklumat. Mulai hari ini anda tidak perlu risau lagi kerana saya akan tunjukkan bagaimana untuk membaca sejumlah blog dengan menggunakan antaramuka yang sama tanpa perlu berkunjung ke halaman blog tersebut menggunakan internet browser. Tapi sebelum itu saya akan memperkenalkan kepada anda apa itu RSS dan apa kaitannya dengan blog serta website.
Apa itu RSS?
RSS adalah singkatan nama kepada “Really Simple Syndication”, suatu format XML dibuat khusus untuk memaparkan berita bertujuan untuk berkongsi sesuatu maklumat melalui internet/web. kepada yang masih tidak faham lagi, secara ringkas RSS boleh di katakan sebagai suatu senarai berita yang dikongsi bersama dengan pengguna internet seperti anda dan saya.

Bagaimanakah RSS mememudahkan saya?
Katakan anda mempunyai 50 halaman web serta blog yang biasa dikunjungi setiap hari. Melayari website atau blog secara satu persatu dengan menggunakan pelayar internet (browser) memakan masa yang lama sehingga kepada beberapa jam sehari tetapi dengan RSS masa akan boleh dijimatkan kepada hampir separuh atau lebih. Dengan menggunakan perisian yang khas untuk RSS, anda boleh mendaftarkan blog atau website anda dan secara automatik kesemua tajuk berita and terpapar di dalam suatu senarai. Ini memungkinkan anda untuk mengimbas kesemua berita tadi dalam masa beberapa minit berbanding dengan beberapa jam mengguna teknik yang saya sebutkan tadi. Sangat menjimatkan masa!!!
Pembaca RSS (RSS Reader)
Perisian yang menyenaraikan tajuk berita blog atau website tadi digelar sebagai pembaca RSS atau RSS Reader. RSS Reader akan mengumpulkan kesemua tajuk berita (headline) daripada halaman blog atau website melalui RSS.
Bagaimana untuk mendaftar/subscribe RSS?
Caranya sangat mudah. Anda perlu klik pada tanda/logo RSS. Dengan cara tersebut anda seolah-olah memberitahu kepada sesuatu halaman blog atau website yang anda bersedia untuk menerima tajuk berita daripada mereka.
Perisian Pembaca RSS.
Terdapat banyak perisian yang disediakan secara percuma akan tetapi untuk artikel kali ini saya akan menyenaraikan tiga daripadanya. Mengapa agaknya banyak perisian pembaca RSS? Perkara ini berlaku kerana terdapatnya pelbagai variasi sistem operasi (Windows, Mac, Linux) serta berbagai variasi pelayar internet (EXplorer, AOL, safari, Firefox). Terdapat banyak jenis format variasi RSS seperti RSS 1.0, RSS 2.0 dan Atom. Anda tidak perlu risau akan itu asalkan anda merujuk kepada logo atau simbol yang betul di dalam satu-satu halaman blog atau website.
Perisian Sumber Terbuka
Saya hanya menyenaraikan tiga daripada pembaca RSS perisian sumber terbuka yang saya rasakan terbaik. Dua daripadanya adalah dalam bentuk perisian sistem manakala satu lagi adalah dalam bentuk web. Yang menariknya, ketiga-tiganya menyokong pelbagai sistem operasi. Dibawah ini saya senaraikan perisian tersebut:
  1. BlogBridge
  2. RSSOwl
  3. Firefox

AlertBear
Alamat Web: http://www.blogbridge.com/
Keperluan: Windows 2000 atau XP berserta Framework .NET 1.1
Catatan:
AlertBear merupakan sebuah RSS Reader yang menarik serta mempunyai banyak ciri-ciri khusus berbanding perisian RSS Reader yang lain. Anda perlu banyak membuka dokumen manual jika benar-benar ingin menggunakan sepenuhnya fungsi yang ditawarkan.
Screenshot:
RSSOwl
Alamat Web: http://www.rssowl.org/
Keperluan: Java Runtime Environment (JRE), versi 1.4.2 or 1.5.x
Catatan:
Menyokong pelbagai platform, sumber terbuka dan menawarkan pelbagai ciri-ciri menarik. RSSOwl juga boleh mengeksport maklumat yang diperlukan ke bentuk PDF, RTF serta HTML. Ia juga menawarkan 2 serta 3 column view malah RSSOWl juga menyediakan built-in browser untuk membaca format html.
Firefox
Alamat Web: http://sage.mozdev.org/
Keperluan: Mozilla Firefox
Catatan:
Berdasarkan kepada keperluan sistem tersebut, kita boleh mengagak yang bahawa add-on atau fungsi tambahan pada broswer Firefox tidak selengkap seperti kedua-dua perisian di atas. Walau bagaimana pun Sage tetap menawarkan fungsi yang berpatutan sebagai RSS Reader.
Sumber  Info  : Sumber Terbuka 101
********************************************************************************************************
Saudara Amin adalah Pemilik Blog Pelajari Perisian Sumber Terbuka. Penulis blog ini mempunyai inisiatif untuk memperkenalkan perisian sumber terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai ganti perisian yang mengenakan bayaran sebagai lesen. Artikel ini adalah sebahagian daripada artikle terbaru blog tersebut dengan tajuk: RSS Reader Mudahkan Anda Membaca 100 Blog Serentak.

Thursday, December 10, 2009

Nyamuk memilih Mangsa?



Ketika anda bersama-sama dengan kawan-kawan, anda mungkin hairan kenapa ada yang digigit oleh nyamuk, sedangkan yang lain tidak. Jawapannya adalah kerana nyamuk memang memilih-milih mangsanya untuk dihisap darahnya. Satu dari 10 orang sangat menarik bagi nyamuk (Jerry Butler, PhD, profesor di Universiti Florida).

Siapa yang paling disukai nyamuk?

Para saintis memahami bahwa 85% unsur genetik menentukan kepekaan kita terhadap gigitan nyamuk. Nyamuk juga mengenali unsur-unsur kimia tertentu di tubuh kita, yang ditemui secara berlebihan di permukaan kulit.


Manusia dengan jumlah konsentrasi steroid atau kolesterol yang tinggi di permukaan kulit akan menarik bagi nyamuk. Nyamuk juga menyerang manusia yang tubuhnya menghasilkan bau-bau tertentu. Unsur ini dapat merangsang sensor pembau pada nyamuk, mendorong mereka untuk menhisap darah mereka. Nyamuk dapat “mencium” bau makan malamnya dari jarak yang luar biasa, yakni 50 meter.

Selain itu, gas karbon dioksida juga menarik bagi nyamuk, bahkan dari jarak yang jauh. Nyamuk lebih menyukai orang dewasa dibanding kanak-kanak kerana kecenderungan gas karbon dioksida yang dihasilkan lebih banyak. Wanita-wanita hamil juga berisiko lebih tinggi, kerana sebab yang sama. Gerakan dan suhu panas tubuh juga menarik bagi nyamuk.

Oleh sebab itu, jika anda ingin menghindari serangan nyamuk pada malam hari, hindari kegiatan yang menimbulkan banyak gerakan, nafas termengah-mengah sehingga menghembuskan banyak gas karbon dioksida, dan jangan berpeluh kerana peluh merupakan daya tarikan kuat bagi nyamuk untuk menggigit anda.

Wednesday, December 9, 2009

Cara untuk kenalpasti perangai kawan

Saya ada satu cara macammana kita nak tahu perangai kawan-kawan kita. Cara ini ialah dalam bentuk soalan psikologi.
Apa yang boleh saya katakan, cara ini merupakan cara orang tua2 dulu dalam membaca/mengenali perangai seseorang. Anda tak percaya?
Baiklah, saya minta anda cuba jawab soalan saya di bawah ini. Sila jawab dengan ikhlas. Tuliskan jawapan anda pada bahagian komen.
Hmm…sebetulnya ia bukanlah soalan sebenarnya. Tetapi ia lebih kepada satu bentuk pemilihan (tapi bukan pemilihan UMNO yer…hehe).
Baiklah, anda sudah bersedia untuk membuat pemilihan? Begini kisahnya….

Anda diminta untuk menanam sebatang POKOK KELAPA (Pokok Nyiur). Dan ada 4 tempat berasingan yang perlu anda pilih untuk menanamnya. Tempat2nya ialah :
1. Di tepi sungai
2. Di halaman rumah
3. Di tepi/tengah padang
4. Di belakang rumah / tepi dapur
Kalau anda lah, anda akan tanam di lokasi mana?

Fikir dengan tenang dan jawablah dengan jujur. Tuliskan jawapan anda di bahagian komen.
Nanti apabila dah cukup ramai yang telah menjawab, saya akan terangkan apakah rahsia disebalik jawapan yang anda berikan.
Yaa, berpandukan jawapan anda itu, saya akan dapat mengetahui sikit sebanyak tentang sikap/perangai anda. Kalau tak percaya, cubalah nyatakan pilihan anda. Ada berani ka? ;)

Pertamanya, terima kasih kepada semua yang telah bagi respon dalam entri kali ini. Nampaknya ramai juga yang berminat nak tahu tentang teknik psikologi cara kenalpasti perangai seseorang ini yer.

Baiklah, tanpa melengahkan masa anda. Saya akan terangkan rahsia disebalik jawapan yang anda pilih tu. Samaada tepat atau tidak, anda lah yang lebih mengetahuinya. Mari kita periksa sama-sama.
Jawapan No1. : Di Tepi Sungai
Orang yang pilih kelapa tepi sungai ialah jenis orang yang BOROS! Dia amat sukar untuk berjimat. Ada saja duit, dia akan berbelanja, berbelanja dan terus berbelanja. Orang jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai orang yang PEMURAH. Dan kadang2 seorang yang PEMBAZIR.

Jawapan No2. : Di Halaman Rumah
Dia seorang yang SANGAT SUKA DIPUJI. Orang jenis ini pantang dipuji, apabila kena puji sikit, dia akan jadi sangat baik dan sangat pemurah. Apabila ada orang bodek, maka dia akan begitu mudah terkesan dengan bodekan itu. Selalunya, setiap pujian yang dia terima, maka dia tanpa ragu2 akan membalasnya dengan kebaikan.

Jawapan No3. : Di Tepi/Tengah Padang
Maaf jika saya katakan bahawa, orang jenis ini berkemungkinan besar adalah seorang yang SANGAT BERKIRA! Senang kata, orang jenis ini mungkin seorang yang KEDEKUT. Dia sangat sukar untuk belanja kawan2 dia atau orang lain. Apabila melibatkan hal yang berkaitan dengan duit terutamanya, dia menjadi seorang yang sangat teliti dan sangat berkira-kira.

Jawapan No4. : Di Belakang Rumah / Tepi Dapur
Orang jenis ini adalah seorang PENJIMAT dan BIJAK MENGURUSKAN KEWANGAN. Dia selalunya mempunyai perancangan dan berpandangan jauh. Sentiasa mengambil kira soal masa depan dan untung rugi. Orang jenis ini adalah yang paling sederhana. Dia tidak kedekut, tidak boros dan tidak pula mudah termakan pujian/bodekan orang. Dia sentiasa rasional dalam tindakannya.

. Anda bagaimana?
Apa kata anda cuba praktikkan cara yang saya ajar ini kepada kawan2 anda. Anda cuba tanya dan nilai sendiri jawapan yang diberikan oleh kawan2 anda. Adakah mengena dengan perangai dan sikapnya? Cubalah….

Rahsia & Hikmah 5 Jari


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangnlah sesekali anda abaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan dalam mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Rahsia 5 jari - renung2kanlah...
Rahsia 5 jari - renung2kanlah...

Naikkan pula dari anda yang kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira..pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini kita akan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa sahajalah yang akan membantu kita menunjukkan jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya
sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakan anda akan pada waktu itu?

Nah..sekarang anda naikkanlah pula jari ketiga, Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja telah pun meninggalkan kita tanpa dipinta. Namun begitu alam dewasa pula kian menjegah kehidupan kita. Pada peringkat umur 30-an ini seorang itu telahpun mempunyai status dan identiti dengan ekonomi diri yang bolehlah dikatakan kukuh serta mempunyai sebuah kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini begitu banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda.. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak dalam diri sendiri, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi yang boleh wujud dalam diri anda jika anda gagal mengawal emosi ini dengan baik lantas anda terus masuk ke jerangkap NAFSU dan SYAITAN. Justeru itu amal dan ibadat haruslah dilipatgandakan!
Kita beralih pula pada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap SATU dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahkan ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan membimbing yang kaya dengan idea bernas sambil tampil dengan minda yang hebat.
jari jemari
Akhir sekali, renung ibu jari anda. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. tugasnya adalah membenarkan sesuatu mentafsir pelbagai perkara. Bak kata oranj Jawa “cap jempol” atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya mereka akan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan akan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Monday, December 7, 2009

H1N1: Suatu Propaganda Yahudi?

Sehingga hari ini, dilaporkan 429 kematian diseluruh dunia disebabkan oleh virus H1N1. Laporan ini dikeluarkan berdasarkan statistik yang dibuat merangkumi 135 buah negara. Jumlah kematian tersebut jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah jangkitan yang dilaporkan iaitu 94,450 kes. Berdasarkan perkiraan, kadar kematian ini hanyalah 0.45%, iaitu kurang daripada 1%. Adakah ia bermakna bahawa penyebaran virus ini bukanlah suatu yang membimbangkan?

Pelbagai langkah keselamatan yang telah dilakukan oleh negara-negara seantero dunia bagi memastikan virus tersebut tidak menular masuk ke dalam negara mereka. Jakarta sebagai contoh telah mengambil langkah dengan memberi 73,000 vaksin kepada pusat kesihatan awam dan hospital di seluruh bandar tersebut. Burma dan Singapura pula tidak ketinggalan dengan perancangan mengawal pergerakan masuk dan keluar penumpang di lapangan terbang masing-masing, dengan mengambil suhu badan para penumpang dan menggunakan pengimbas suhu badan (thermal scanner).

Kata-kata ‘mencegah lebih baik daripda merawat' (prevention is better than cure) adalah apa yang diamalkan, untuk mengelak daripada perkara-perkara yang tidak diingini daripada terjadi di dalam sesebuah negara. Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari iaitu, "Allah SWT tidak akan menurunkan sesuatu penyakit tanpa turut memberi penawarnya. "Melalui hadis ini, kita dapati bahawa setiap penyakit pasti ada penawar ataupun ubatnya yang disediakan oleh Allah SWT. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa sehingga hari ini, masih ada penyakit yang tidak ditemui penawarnya. Tetapi, hadis tersebut juga membawa makna bahawa mencegah adalah salah satu cara untuk merawat bagi penyakit-penyakit yang masih tidak ditemui ubatnya ini. Malah, tidak dapat dinafikan bahawa mencegah adalah salah satu bentuk antidote yang berkesan!

Dalam usaha semua negara di atas muka bumi ini bersiap sedia menghadapi sebarang serangan yang bakal dibuat oleh virus ini, timbul beberapa persoalan yang mungkin tidak pernah terfikir oleh kita.


Senjata Biologi
Pernahkah anda dengar tentang ‘senjata biologi' (biological weapon)? Mungkin ada antara kita yang pernah dengar tentangnya, tetapi tidak begitu mengetahui mengenainya. Mungkin kerana sikap diri yang merasakan tidak perlu untuk mengetahui tentang sesuatu yang tidak berkaitan dengan diri sendiri. Sedangkan perlu untuk diketahui bahawa seseorang yang cetek ilmunya akan mudah ditindas dan dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu. Maka, sewajarnya sebagai seorang individu muslim,untuk sentiasa bersiap sedia dan berwaspada dengan keadaan sekeliling. Musuh; sama ada yang mampu dikesan oleh pancindera ataupun tidak, sentiasa berlegar-legar untuk menjatuhkan kita. Musuh ini terkadang bukan sahaja berniat tidak baik terhadap umat Islam, malah kepada sesiapa sahaja yang pada pandangan mereka yang tidak memberi manfaat kepada mereka.

http://syntheticbiology.site.googlepages.com/bacteriahydrocarbons-jj-001.jpg/bacteriahydrocarbons-jj-001-full.jpg
Gambar Hiasan

Senjata biologi ini boleh ditakrifkan sebagai ‘senjata' yang diperbuat menggunakan agen seperti mikrob (bakteria, virus dan lain-lain) untuk melumpuhkan musuh. Agen ini akan merosakkan proses biologi (biological process) sel-sel badan manusia atau pun haiwan serta tumbuhan, yang dianggap sebagai ‘musuh' tadi. Ciri-ciri yang membolehkan pemilihan kepada sesuatu agen ini ialah ianya murah serta mudah didapati, senang untuk dipindahkan daripada satu individu ke satu individu yang lain, dan bertoksik tinggi.

Virus influenza H1N1 berasal daripada virus influenza type A. Virus dikategorikan sebagai benda bukan hidup (non living thing), tetapi, berbeza dengan benda bukan hidup yang lain, virus mampu membiak dengan bantuan sel rumah (host cell). Kebiasaannya, sel rumah yang digunakan untuk tujuan pembiakan virus ini ialah sel-sel badan manusia, haiwan mahupun tumbuhan-tumbuhan. Hal ini adalah kerana, sel-sel ini mempunyai keupayaan untuk memberi nutrient kepada virus tersebut untuk membiak.

Bagi mereka yang mempunyai ilmu tentang ini, sudah tentu mereka akan mempunyai pandangan yang lebih jauh ke hadapan. Maka, bukanlah suatu yang mustahil jika ada pihak yang mendakwa bahawa virus influenza H1N1 ini, adalah salah satu bentuk penyerangan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tertentu.


Trudeau Institute
Dakwaan-dakwaan yang dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa bukti dan perkaitan yang mungkin mempunyai hubung kaitnya. Antaranya ialah apabila Pengarah Makmal Universiti of Rockefeller diberi anugerah perubatan beberapa hari sebelum berita tentang influenza ini terjadi. Pengarah tersebut juga merupakan Ketua Pengarah di sebuah institut penyelidikan vaksin yang dilantik oleh kerajaan Amerika, Trudeau Institute . Institut ini juga bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan Amerika. Individu yang dimaksudkan ialah Dr. Ralph Steinman. Kepakaran yang dimiliki oleh beliau dalam bidang "dendritic cells" dan pemvaksinan memungkinkan beliau dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu. "Dendritic cells" berperanan dalam menghasilkan tindak balas terhadap immune badan. "Dendritic cells" ini juga memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan badan kerana ia termasuk di dalam sistem pertahanan pertama (primary immune response). Apabila suatu mikroorganisma berbahaya bertindak untuk menyerang badan manusia, sistem pertahanan pertama memainkan peranan yang penting dalam mengawal kemasukan mikroorganisma tersebut. Jadi, peranan yang dimainkan oleh sel tersebut adalahyang terpenting. Seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang nya mampu memanipulasi, mahupun mengawal fungsinya. Jadi, apabila apabila ada pihak yang mahu menggunakan senjata biologi sebagai alat untuk menyerang, adalah suatu yang penting untuk mereka ketahui proses perjalanan sistem pertahanan badan manusia.

http://esciencenews.com/files/images/200902121124581.jpg
Trudeau Institute

Dakwaan yang kedua pula ialah berdasarkan ucapan yang telah dibuat oleh Dr. David L. Woodland, iaitu Presiden dan Direktor Trudeau Institute. Ucapan tersebut dibuat oleh beliau pada bulan Oktober tahun 2008, iaitu lebih kurang 5 bulan sebelum virus influenza H1N1 menghantui penduduk dunia. Institut tersebut turut diberi bantuan sebanyak $1.6 juta atas tujuan pembiayaan untuk pembangunan vaksin bagi sesuatu pandemik influenza. Apabila diteliti ucapan yang dibuat oleh beliau, beliau seperti dapat menjangka bahawa satu pandemik akan muncul di atas muka bumi ini. Jadi, timbul suatu keraguan diatas ucapan tersebut. Apakah beliau, mahupun pihak-pihak yang bersekutu mempunyai suatu kuasa yang membolehkan mereka menjangkakan dan meramal sesuatu yang terkehadapan? Ataupun adakah mereka yang mendalangi pandemik tersebut? Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui.

Peristiwa runtuhan World Trade Center (WTC) pada 11 September 2001, juga di dakwa sebagai salah satu muslihat yang dibuat oleh pihak tertentu untuk memburukkan nama Islam. Bermula daripada tarikh tersebut perkataan "terrorism" semakin mendapat tempat di bibir penduduk dunia. Penggunaan istilah tersebut didakwa digunakan oleh pihak tersebut dalam usaha mereka mendesak U.S Senate untuk membuka semula Biological Weapon Programme yang pernah ditutup dibawah Protokol Geneva. Secara generalnya, protokol ini telah menghentikan sebarang penggunan senjata biologi, dimana boleh dikatakan seluruh negara telah menandatangai protokol ini sebagai persetujuan. Namun, ada pihak yang menjadikan peristiwa 11 September sebagai alasan untuk menggunakan kembali senjata biologi ini dengan alasan bahawa ada kemungkinan "terrorist" menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.

Bukanlah suatu yang mudah untuk menentukan sama ada sesuatu pandemik yang terjadi itu adalah hasil daripada serangan secara biologi oleh pihak yang tertentu, ataupun tidak. Jika benar ia adalah suatu penyakit yang telah dirancang dengan hebatnya, sudah tentu si perancang akan berusaha untuk menafikan segala perbuatannya. Penafian demi penafian akan dibuat, dalam masa yang sama segala bukti akan cuba ditutup dan dikaburkan agar agenda mereka yang sebenar tidak kelihatan. Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga.


Waspada dan Beringatlah
Bagi pihak yang yakin dengan usaha penyerangan menggunakan senjata biologi ini, sudah pasti penyiasatan demi penyiasatan akan dilakukan sehingga mereka dapat membongkar satu demi satu kebenaran. Seharusnya, sebagai salah seorang penduduk di muka bumi ini, kita perlu untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Apabila sekali kita telah dicerahkan dengan satu pembongkaran dan diberi maklumat tentang sesuatu, tentang kepincangan sesuatu, usah lagi berdiam diri, sebaliknya bertindaklah. Jikalau pun kita tidak mampu untuk menyiasat hingga ke akar umbi, paling tidak, beringatlah! Apabila muncul satu demi satu musibah dan masalah, ligatkan akal untuk berfikir mengenainya. Bukan bersangka buruk terhadap sesetengah pihak semata, tetapi berfikir juga untuk menyelamatkan ummah. Jika benar ianya adalah perancangan daripada pihak musuh, kita berikhtiar untuk ‘menyelamatkan' diri dan masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, dengan berfikir untuk ‘menyelamatkan' diri dan masyarakat daripada dijangkiti oleh virus influenza H1N1, ia sedikit sebanyak dapat membantu umat Islam ini sendiri. Istilah ‘menyelamatkan' ini merangkumi melindungi mereka (umat Islam) yang membantu membawa agama Allah ini, agar tiada yang menjadi ‘mangsa korban' bagi influenza ini.

Bukan itu sahaja, malah umat Islam juga diberi kelebihan dan kekuatan dengan berdoa. Maka, manfaatkanlah segala kelebihan dan kekuatan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita, sebagai umat Islam, disamping bersyukur kepada-Nya, kerana diberi nikmat Islam ini. Disebut oleh Allah SWT di dalam Surah Ghafir, ayat 60,

Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina."

Mensyukuri nikmat keberadaan di dalam Islam perlu difikir secara dalam-dalam, terutama apabila kini, dunia dilanda dengan masalah pelbagai penyakit. Islam banyak mengajar umatnya nilai-nilai yang sebenarnya mampu menyelamatkan umatnya, jika kita berusaha mengikutinya sebaik mungkin. Melihat kepada hadis ke-23 daripada himpunan 40 hadis Imam Nawawi, ada dinyatakan bahawa;

"Kebersihan adalah sebahagian daripada iman..."

Kebersihan yang dititikberatkan oleh Islam bukan sahaja kebersihan jasmani, tetapi juga rohani. Apabila dilihat kepada langkah berjaga-jaga yang diambil oleh masyarakat sekarang, semuanya akan menitikberatkan tentang kebersihan. Antaranya ialah membasuh tangan selepas dan sebelum menyentuh sesuatu untuk mengelakkan daripada penyebaran virus dan penggunaan sanitizer. Dalam sedar atau tidak sebenarnya setiap masa pun kita (umat Islam) akan berada dalam keadaan yang bersih, kerana sebelum solat, kita dituntut untuk bersuci, iaitu berwuduk. Dalam masa kita berwuduk itu juga, bukankah kita dituntut untuk membasuh tangan hingga ke siku? Jadi, tanpa perlu untuk menunggu pandemik pun sebenarnya umat Islam sentiasa membersihkan diri mereka. Paling kurang pun, 5 kali sehari.

Kita juga perlu ingat bahawa kesibukan kita menjaga keselamatan diri dan masyarakat sekeliling, bukanlah bermakna kita perlu melepaskan tanggungjawab kita terhadap masyarakat Islam yang berada di negara yang tertindas seperti Palestin, masyarakat Islam Uighur dan lain-lain. Sedangkan terdapat juga hadis Rasulullah SAW yang menyebut tentang persaudaraan sesama Islam;

... Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya...

Jadi, tiada alasan untuk sekali pun untuk kita melupakan saudara seagama kita yang lain. Luangkan masa kita, walau sekejap cuma, selepas menunaikan solat, untuk mendoakan kesejahteraan mereka. Bersiap sedialah kita dalam menjalankan hak-hak syahadah dalam hidup sehari-hari ini!

Saturday, December 5, 2009

Azan Bakal Diharamkan di Al-Aqsa?

Rabu (02/12), laman Mufakkirah Al-Islam menyiarkan, pegawai dari parti Kadima di Knesset merancang sebuah undang-undang melarang azan Subuh di Masjid Al-Aqsa dan masjid-masjid lainya di Al-Quds.
Parti Kadima yang dipimpin oleh mantan Menteri Luar Israel Tzivi Livni menyebutkan, Jaksa Aryeh Bibi adalah orang yang akan menyusun Rancangan Undang-undang (RUU) baru tersebut.
Azan Menganggu Orang Yahudi
Aryeh Bibi mengatakan bahwa dia telah menerima ratusan aspirasi dan tuntutan—baik tertulis mahupun lisan—dari ribuan orang Yahudi untuk melarang azan Subuh.
Bibi mengatakan, "Apabila umat Islam memaksa orang lain untuk mendengarkan azan, maka mereka harus mencari jalan lain agar telinga orang non-Muslim tidak mendengarkannya."
Bibi membenarkan adanya RUU pelarangan azan Subuh. Dia juga menegaskan bahawa masalah ini adalah masalah global di setiap negara di mana umat Islam tinggal bersama dengan komuniti lain. Seperti Swiss yang melarang membangun menara masjid, merupakan bukti adanya pelarangan azan secara tidak langsung. (Sn/imo)

Friday, December 4, 2009

Hebatnya Harta Sultan BRUNEI

Siapa yang tak ingin kaya? Dan inilah salah satu orang terkaya di dunia. Dan kebetulan dia adalah seorang Islam.
Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei, siapa tak kenal? Baginda ialah presiden dari negeri paling kaya di dunia. Terkenal, dan kaya bangeed kale (begitu bahasa anak-anak muda sekarang).

Semua yang dia kenakan dan gunakan terbuat dari emas, atau paling tidak, ada unsur emasnya. Misalnya saja, tempat makannya. Atau baju-bajunya.
Istana sang sultan sangat besar dan megah. Mungkin yang paling mewah di dunia. Terdiri dari 1788 bilik dengan semuanya dilapisi emas dan permata.

Ada 257 kamar mandi—juga masih dengan emas dan perak. Istana Sultan juga mempunyai 650 kamar suite, yang harga furnish-nya masing-masing kamar tidak kurang dari 150.000 euro.

Jadi kalau kita kebetulan bertamu ke istananya, kita akan memerlukan waktu 24 jam sehari-semalam hanya untuk berada di satu ruangan selama 30 detik. Bingung mungkin ya?

Dan garaj yang menyimpan 110 kereta. Sultan Hassanal Bolkiah memang gemar mengumpul kereta sebagai koleksi. Pada tahun 1998, Autocar—majalah kereta Britain—mempublikasikan kereta-kereta Sultan.

Ada Ferrari dan Bentley.

Ia juga sudah masuk buku Guiness World Record atas koleksi keretamobil Rolls-Royce nya yang berjumlah…. 500 buah, yang tersebar di beberapa negara.
Pesawat terbang Sultan Hassanal Bolkiah merupakan salah satu pesawat yang paling mewah juga. Jangan lupa, betul, dilapisi emas! Pesawatnya, di dalamnya, seperti istana pula, berharga lebih dari $120 ribu dollar. Ada kolam renang—dan eh, lagi-lagi dilapisi emas. Sultan juga punya enam pesawat lain yang “kecil” dan dua helikopter.

Ketika anak gadisnya menikah, pestanya berlangsung selama 14 hari 14 malam, dengan menghabiskan biaya $ 5 juta dollar.

Pernikahan itu dihadiri oleh lebih dari 25 ketua negara dan anggota keluarganya.

Friday, November 27, 2009

Aurat Daripada Perspektif Fizik






Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah daripada wanita yang berpakaian “liberal” kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronisme yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.

Penyelesaian

Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen daripada satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah daripada segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.

Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan daripada segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada Tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.

Muslimat

Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima. Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar daripada badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas daripada unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan.

Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan. Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.


Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita:

wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah
wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat
wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.



Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan.

Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas daripada suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki:

Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik
Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan merendah diri, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Daripada eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi: J = mc x tetha.

Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu. Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan.

Thursday, November 26, 2009

Kajian Hadis Rasullulah Tentang Kiamat- 10 Tanda besar Kiamat (Gempa Bumi)




Berikutan kejadian gempa bumi yang seringkali terjadi akhir-akhir ini hati saya terdetik untuk menulis tentang 10 tanda-tanda besar kiamat. Mungkin ada antara pembaca merasakan gegaran kecil baru-baru ini. Adakah ia petanda atau amaran dari Allah? Sama-sama kita hayati dan berfikir.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.

Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
Hadis Riwayat Muslim

Saya permudahkan tentang 10 tanda-tanda kiamat besar ini.

1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya.
Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj
yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. (Sudah lama mereka bebas, sila rujuk artikel saya berkenaan kajian Ulama Imran N. Hosein)

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab
.

10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.


Di blog saya telah banyak saya sentuh tentang topik dajal, Yakjuj dan Makjuj tetapi belum pernah saya sentuh tentang tanda kiamat besar iaitu gempa bumi. Banyaknya gempa bumi yang berlaku adalah antara tanda-tanda kiamat. Allah memberi peringatan kepada hambanya yang peka dan percaya akan kekuasaannya. Jadi terpulang kepada kita untuk mentafsirkan tanda-tanda itu.

Ayuh kita mulakan pengembaraan minda kita dengan kejadian semasa yang berlaku. Tsunami di Samoa dan gempa bumi di Indonesia baru-baru ini. Allah telah berfirman:
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
( Fussilat 41: 53)


Sekurang-kurangnya 118 maut akibat tsunami yang melanda kepulauan Samoa semalam dan pihak berkuasa percaya angka korban terus bertambah, termasuk mereka yang hilang. Berikut adalah gambar-gambar Tsunami di Samoa.










Kira-kira 500 bangunan kediaman di bandar dengan penduduk seramai 900,000 itu runtuh, memerangkap ribuan mangsa. Bandar Padang di Sumatera semalam sudah meragut 200 nyawa dengan ribuan lagi mangsa tertimbus di bawah runtuhan. Berikut adalah gambar-gambar gempa bumi di Sumatera.











Untuk maklumat lanjut gempa bumi yang sedang berlaku di seluruh dunia sila klik sini!



Tidakkah anda perasan bahawa bencana alam telah meningkat secara mendadak jika dibandingkan awal kurun ke akhir kurun? Perbezaan yang terlalu ketara. Tujuan artikel ini ditulis adalah bertujuan untuk mengajak anda semua berfikir dan merenung kembali apa yang sebenarnya yang terjadi pada hari ini. Bukanlah berniat untuk menakutkan anda semua. Ingat, hanya Allah yang maha berkuasa dan mengetahui segalanya. Wallahualam.

Friday, November 20, 2009

Kiamat pasti tiba ! Saintis Angkasa juga mengakuinya !


Kalendar kaum Mayan meramalkan kiamat berlaku pada 2012 dan seluruh dunia kini berbicara mengenainya. Apakah bentuk-bentuk kemusnahan yang mungkin boleh terjadi pada dunia?

RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.

Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.

Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' sudah ditayangkan di pawagam. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.

Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.

Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.

Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.

Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.

Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.

Hentaman objek

"Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.

"Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.

"Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.

Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.

"Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036.

"Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.

Perlanggaran galaksi

Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku.

"Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.

Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.

Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.

"Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.

Fenomena alam berangkai

Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.

"Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi.

Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat.

"Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya.

Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.

"Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.

Terma Kosmofobia

Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'.

"Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way.

"Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.

p/s- mmg da sgt2 hampir..sama 2 kita beringat wallahua'lam. jangan Takut MATI tapi INGAT MATI!!

MY JAPANESE NAME

My authentic japanese name is 山田 Yamada (mountain field) 大輝 Taiki (large radiance).
Take your real japanese name generator! today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

Islamic Widget

Followers


 

Design by Blogger Buster | Distributed by Blogging Tips