Thursday, December 17, 2009

RSS Reader Mudahkan Anda Membaca 100 Blog Serentak

Anda gemar membaca blog tapi kesuntukan masa? Masa adalah emas bukan? Begitu juga dengan maklumat. Mulai hari ini anda tidak perlu risau lagi kerana saya akan tunjukkan bagaimana untuk membaca sejumlah blog dengan menggunakan antaramuka yang sama tanpa perlu berkunjung ke halaman blog tersebut menggunakan internet browser. Tapi sebelum itu saya akan memperkenalkan kepada anda apa itu RSS dan apa kaitannya dengan blog serta website.
Apa itu RSS?
RSS adalah singkatan nama kepada “Really Simple Syndication”, suatu format XML dibuat khusus untuk memaparkan berita bertujuan untuk berkongsi sesuatu maklumat melalui internet/web. kepada yang masih tidak faham lagi, secara ringkas RSS boleh di katakan sebagai suatu senarai berita yang dikongsi bersama dengan pengguna internet seperti anda dan saya.

Bagaimanakah RSS mememudahkan saya?
Katakan anda mempunyai 50 halaman web serta blog yang biasa dikunjungi setiap hari. Melayari website atau blog secara satu persatu dengan menggunakan pelayar internet (browser) memakan masa yang lama sehingga kepada beberapa jam sehari tetapi dengan RSS masa akan boleh dijimatkan kepada hampir separuh atau lebih. Dengan menggunakan perisian yang khas untuk RSS, anda boleh mendaftarkan blog atau website anda dan secara automatik kesemua tajuk berita and terpapar di dalam suatu senarai. Ini memungkinkan anda untuk mengimbas kesemua berita tadi dalam masa beberapa minit berbanding dengan beberapa jam mengguna teknik yang saya sebutkan tadi. Sangat menjimatkan masa!!!
Pembaca RSS (RSS Reader)
Perisian yang menyenaraikan tajuk berita blog atau website tadi digelar sebagai pembaca RSS atau RSS Reader. RSS Reader akan mengumpulkan kesemua tajuk berita (headline) daripada halaman blog atau website melalui RSS.
Bagaimana untuk mendaftar/subscribe RSS?
Caranya sangat mudah. Anda perlu klik pada tanda/logo RSS. Dengan cara tersebut anda seolah-olah memberitahu kepada sesuatu halaman blog atau website yang anda bersedia untuk menerima tajuk berita daripada mereka.
Perisian Pembaca RSS.
Terdapat banyak perisian yang disediakan secara percuma akan tetapi untuk artikel kali ini saya akan menyenaraikan tiga daripadanya. Mengapa agaknya banyak perisian pembaca RSS? Perkara ini berlaku kerana terdapatnya pelbagai variasi sistem operasi (Windows, Mac, Linux) serta berbagai variasi pelayar internet (EXplorer, AOL, safari, Firefox). Terdapat banyak jenis format variasi RSS seperti RSS 1.0, RSS 2.0 dan Atom. Anda tidak perlu risau akan itu asalkan anda merujuk kepada logo atau simbol yang betul di dalam satu-satu halaman blog atau website.
Perisian Sumber Terbuka
Saya hanya menyenaraikan tiga daripada pembaca RSS perisian sumber terbuka yang saya rasakan terbaik. Dua daripadanya adalah dalam bentuk perisian sistem manakala satu lagi adalah dalam bentuk web. Yang menariknya, ketiga-tiganya menyokong pelbagai sistem operasi. Dibawah ini saya senaraikan perisian tersebut:
  1. BlogBridge
  2. RSSOwl
  3. Firefox

AlertBear
Alamat Web: http://www.blogbridge.com/
Keperluan: Windows 2000 atau XP berserta Framework .NET 1.1
Catatan:
AlertBear merupakan sebuah RSS Reader yang menarik serta mempunyai banyak ciri-ciri khusus berbanding perisian RSS Reader yang lain. Anda perlu banyak membuka dokumen manual jika benar-benar ingin menggunakan sepenuhnya fungsi yang ditawarkan.
Screenshot:
RSSOwl
Alamat Web: http://www.rssowl.org/
Keperluan: Java Runtime Environment (JRE), versi 1.4.2 or 1.5.x
Catatan:
Menyokong pelbagai platform, sumber terbuka dan menawarkan pelbagai ciri-ciri menarik. RSSOwl juga boleh mengeksport maklumat yang diperlukan ke bentuk PDF, RTF serta HTML. Ia juga menawarkan 2 serta 3 column view malah RSSOWl juga menyediakan built-in browser untuk membaca format html.
Firefox
Alamat Web: http://sage.mozdev.org/
Keperluan: Mozilla Firefox
Catatan:
Berdasarkan kepada keperluan sistem tersebut, kita boleh mengagak yang bahawa add-on atau fungsi tambahan pada broswer Firefox tidak selengkap seperti kedua-dua perisian di atas. Walau bagaimana pun Sage tetap menawarkan fungsi yang berpatutan sebagai RSS Reader.
Sumber  Info  : Sumber Terbuka 101
********************************************************************************************************
Saudara Amin adalah Pemilik Blog Pelajari Perisian Sumber Terbuka. Penulis blog ini mempunyai inisiatif untuk memperkenalkan perisian sumber terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai ganti perisian yang mengenakan bayaran sebagai lesen. Artikel ini adalah sebahagian daripada artikle terbaru blog tersebut dengan tajuk: RSS Reader Mudahkan Anda Membaca 100 Blog Serentak.

0 comments:

MY JAPANESE NAME

My authentic japanese name is 山田 Yamada (mountain field) 大輝 Taiki (large radiance).
Take your real japanese name generator! today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

Islamic Widget

Followers


 

Design by Blogger Buster | Distributed by Blogging Tips