Friday, January 15, 2010

Rahsia Senjata Keris Lok 13



1. MEMBANGKITKAN MEDAN TENAGA KERIS.

Sebilah keris yang baru siap ditempa atau yang baru dibeli sepatutnya hendaklah mengikut sebagaimana sesuai dengan diri seseorang si pemakai (disebut ukor badan yang sesuai) dan hendaklah dihidupkan medan tenaganya yang `sedang tidur` supaya ia mempunyai medan tenaga tambahan daripada tenaga yang kurang aktif sebelum dibangkitkan:
Tuhan ada berfirman di dalam al-Quran mengenai kekuatan atau tenaga(aura) besi dalam surah al-hadid.

Tenaga pada pengertian ini lah yang hendak dan perlu dibangkitkan. (Bukan tenaga negatif iaitu yang dengan sebab adanya pemujaan iblis, jin atau Syaithon yang didampingkannya  dengan keris. Jika begitu akan membawa kepada perbuatan syirik dan boleh terkena gangguan syaitan kepada pemakai keris tersebut Wallahu`alam). Perlu difahamkan bahawa benda benda beku pun seperti besi memang ada rohnya diciptakan Tuhan yang disebutkan dengan nama Roh jamadat. Roh jamadat inilah yang mempunyai medan tenaga besi keris. Sepertimana manusia juga yang mempunyai roh di sebut Rohani atau Roh Insani. Besi kepada sebilah keris mempunyai asal usul kejadiannya seperti juga manusia dan makhluk Allah yang lain lain.
Maka asal usul kejadian besi ini lah  salah satu hal yang perlu diketahui oleh seseorang pembangkit medan tenaga besi  dalam peroses membangkitkan medan tenaga sebilah keris. Sebab itu untuk menjadikan sebilah keris yang baik (berkualiti) salah satu syarat nya mestilah diperbuat dari besi yang baik juga contohnya dari besi waja mempunyai khasiat amat kukuh dan tajam. Biasanya dijadikan paparan dasar mata keris.Besi putih berkhasiat penembus kebal dan kerezkian.Besi tarung bari berkhasiat pembisa dan amat tajam.Besi kelipan miang berbintik berkhasiat penyejuk dan kedamaian.Besi kuning keemasan berkhasiat murah rezeki dan di hormati serta penembus kebal dan daya `defence`yang hebat,besi toman daya semangat dan lain lain besi yang berkhasiat lagi.Keris panjang tempa Melaka Hang Tuah yang banyak berjasa itu ditempa dengan campuran dua puloh jenis besi. 
Percampuran besi besi yang berkualiti dalam membentuk mata keris pada sebilah keris akan menghasilkan `PAMOR` dan bau(aroma besi )yang enak dan `bersemangat`apabila menciumnya. Maka bentuk rupa pamor keris yang cantik ,timbangan badannya yang tepat dan aromanya yang harum dan sesuai dengan `ukur badan`pemiliknya meninggikan lagi nilai harga sebilah keris . Semua ciri ciri tersebut adalah menjadi salah satu rahsia `TUAH`sebilah keris.Namun pertandaan sebilah keris itu sama ada raksi atau tidak ya`ni mendatangkan sebab menjadi `Bertuahnya`kepada tuannya  setelah dipakai ialah ada “Bau yang mendatang kepadanya kemudian” setelah ianya lama disimpan sebagai hak kepunyaan diri peribadi.Maksud sempurna timbangan tubuh keris yang tepat pula ialah apabila sebilah keris yang di tempa oleh Tukang Tempa keris `Empu`(tukang buat keris)
itu dapat didirikan mata kerisnya di samping muka depan atau disisi sampir sarungnya tampa bantuan sebarang`khodam ghaib`


 .Allah menciptakan sesuatu ada rahsianya dan ialah untuk hambanya di dunia ini. Oleh itu tiap tiap sesuatu di kurniakan khasiatnya dengan izin dan kehendakNya bagi kegunaan hambaNya.Namun makhluk atau benda tidak ada kuasa sedikit pun pada hakikatnya  bagi merubah kodha` dan kadar yang telah ditentukan Tuhan dalam azali. Wallahu`alam. 

2. MEWUJUDKAN KESERASIAN ZOHIR DAN BATIN DENGAN KERIS. Sebelum seseorang pesilat memulakan gerak tari silat berkeris, mata keris dicabut dari sarungannya dengan ucapan Bismillahi rahmani rahim dan dibaca suatu doa pendek dinamakan `doa menghunus senjata` lalu di kucupkan sebentar setelah menciumnya melalui ibu jari bersamaan tarikan nafas zikirullah. Maksud  kucupan itu ialah mohon berkat diperkenankan doanya tadi oleh Allah s.w.t. bersama dengan  zikir terhadap zatNya itu, mudah mudahan senjata itu tidak akan berbalik `makan tuan`  semasa bertempur tapi ia menjadi serasi dengan pendekarnya serta dengan izin Allah dan dapat lah ia menewaskan musuhnya yang zolim dan jika ia tewas sekali pun mohonlah matinya didalam iman. (Bukanlah perbuatan mencium dan kucup mata keris itu   bermaksud memuja keris itu. Jika begitu maksudnya jadilah perbuatan yang syirik dan berdosa kapada Allah s.w.t. Nauzubillahiminzaalik. Saya dengan rendah hati menasihatkan  jika ada  sesiapa saja (tidak kira status) yang telah melakukan kesalahan demikian setelah terbaca tulisan ini hendaklah bertaubat dan memohon ampunan Allah S.W.T.
 Wabillahi taufiq walhidayah. Wallahu`alam. (Dalam ajaran Islam ada mengatakan hendaklah kamu tahu (maksud) apa yang kamu lakukan. Yakni jangan kamu lakukan tanpa pengetahuan-hanya ikut-ikutan sahaja, nanti jadi sia sia atau merbahaya  kerana mungkin tersalah  laku.
 Walaa taqfu maa laisalaka bihii ilmun innas sam`a walbasyora walfu`ada kullu ulaaika kaana`anhu mas`ula. (al-Isra`ayat 36)
 
Ertinya:
“Dan janganlah engkau turut apa yang engkau tidak ketahui. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua ada kebertanggungganjawabnya.” (Al-Qur`an).

 

4. MATA BERPEPISAU KERIS BERLOK-LOK

Gerak tarian seni silat Melayu-Nusantara pada kebanyakan gerakan tarian nya ialah dengan menyendeng berkelok-kelok maka itulah idea wujudnya ciptaan sebilah keris yang mata berpepisaunya berlok-lok(ini hanyalah andaian peribadi saja). Dalam tari silat jika tariannya melurus saja kehadapan atau kebelakang (tidak menyendeng dan berkelok kelok)  jadilah ia seperti tarian berjoget (tiada makna serang – bela.) Manakala  jikalau ia menari silat dalam keadaan  berkedudukan rendah dengan gerakan lurus saja ke depan atau belakang ke kiri atau ke kanan kelihatan sangat melucukan dan tidak praktikal dalam `self-defence`.(Dalam seni silat Melayu asli jika menari tidak membawa kepada makna serang bela-dianggap itu bukan tarian silat melayu asli) Tapi jika gerakan mara atau berundurnya  tanpa tarian  dengan keris terhunus ditangan, ini adalah gerakan dari idea bentuk keris sepukal dan keris Melela (tidak berpamor) atau mana mana jenis keris  bermata pepisaunya yang lurus saja (tidak berlok eg:Sundang) maka merbahaya juga jika di hampiri musohnya dalam pertempuran. Kerana keadaan kedudukan bersahaja (tidak menari) dalam ilmu persilatan bukan bererti tidak dalam keadaan bersilat jika diserang musuh atau untuk menyerang musuh.

3. SEBILAH KERIS DAN PERKAITANNYA DENGAN SEMAIN IMAN. 



Apabila sesaorang pesilat memulakan gerak tarian kerisnya hendakalah Dihunjurkan mata keris itu ke atas  kepala seselesa rasanya  terlebih dahulu. Sebab makna dari gerakan ini ialah orang mu`min  itu wajib mengesakan Allah s.w.t (Zat, sifat, asma` dan afaalNya) terlebih dahulu dalam syuhudnya sebelum bertindak serta sentiasalah ia menyanjong dan  mengagongkan Tuhannya. Ertinya janganlah kamu bergantong kepada keris kerana ianya benda makhluk yang tidak boleh memberi bekas pada hakikatnya. Kalau kamu bergantung dan memuja kepada keris nescaya kamu terkena dosa syirik yang paling di murkai Allah Yang Maha Esa dan Maha Berkuasa. Hanya Allah yang boleh memberi bekas. Keris itu hanya alat sebagai sebab akibat sahaja. Segala sesuatu berlaku adalah dengan kehendak dan izin Allah. Kemudian barulah ia bergerak mara atau mengundur atau bergerak kekiri atau pun ke kanan dalam langkah  silat seterusnya  mengikuti jurus persilatan yang dipelajarinya.

0 comments:

MY JAPANESE NAME

My authentic japanese name is 山田 Yamada (mountain field) 大輝 Taiki (large radiance).
Take your real japanese name generator! today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

Islamic Widget

Followers


 

Design by Blogger Buster | Distributed by Blogging Tips