43 Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl Lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. Tidak sembahyang atau solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. Menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. Berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari masjid.
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibu bapa dan anak-anak.
25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
Saturday, January 16, 2010
Perkara-perkara Yang Boleh Menyekat Rezeki
Posted by adie at 8:32 AM 0 comments
Friday, January 15, 2010
Rumah-Rumah Pelik & Aneh
Jika kita rasa rumah kita adalah yang paling cun dan paling menarik, barangkali kita silap. Sebenarnya di dunia ini banyak lagi rumah yang menarik dan pelik yang dihasilkan oleh manusia yang kreatif. Mungkin kita tidak pernah menduga hendak membina rumah sebegitu, tapi bagi mereka ia mungkin menjadi satu kepuasan dan lambang kemegahan bagi mereka. Inilah antara rumah dan bangunan pelik yang wujud di luar negara..
Posted by adie at 9:41 AM 0 comments
Rahsia Senjata Keris Lok 13
Sebilah keris yang baru siap ditempa atau yang baru dibeli sepatutnya hendaklah mengikut sebagaimana sesuai dengan diri seseorang si pemakai (disebut ukor badan yang sesuai) dan hendaklah dihidupkan medan tenaganya yang `sedang tidur` supaya ia mempunyai medan tenaga tambahan daripada tenaga yang kurang aktif sebelum dibangkitkan:
Tuhan ada berfirman di dalam al-Quran mengenai kekuatan atau tenaga(aura) besi dalam surah al-hadid.
itu dapat didirikan mata kerisnya di samping muka depan atau disisi sampir sarungnya tampa bantuan sebarang`khodam ghaib`
2. MEWUJUDKAN KESERASIAN ZOHIR DAN BATIN DENGAN KERIS. Sebelum seseorang pesilat memulakan gerak tari silat berkeris, mata keris dicabut dari sarungannya dengan ucapan Bismillahi rahmani rahim dan dibaca suatu doa pendek dinamakan `doa menghunus senjata` lalu di kucupkan sebentar setelah menciumnya melalui ibu jari bersamaan tarikan nafas zikirullah. Maksud kucupan itu ialah mohon berkat diperkenankan doanya tadi oleh Allah s.w.t. bersama dengan zikir terhadap zatNya itu, mudah mudahan senjata itu tidak akan berbalik `makan tuan` semasa bertempur tapi ia menjadi serasi dengan pendekarnya serta dengan izin Allah dan dapat lah ia menewaskan musuhnya yang zolim dan jika ia tewas sekali pun mohonlah matinya didalam iman. (Bukanlah perbuatan mencium dan kucup mata keris itu bermaksud memuja keris itu. Jika begitu maksudnya jadilah perbuatan yang syirik dan berdosa kapada Allah s.w.t. Nauzubillahiminzaalik. Saya dengan rendah hati menasihatkan jika ada sesiapa saja (tidak kira status) yang telah melakukan kesalahan demikian setelah terbaca tulisan ini hendaklah bertaubat dan memohon ampunan Allah S.W.T. Wabillahi taufiq walhidayah. Wallahu`alam. (Dalam ajaran Islam ada mengatakan hendaklah kamu tahu (maksud) apa yang kamu lakukan. Yakni jangan kamu lakukan tanpa pengetahuan-hanya ikut-ikutan sahaja, nanti jadi sia sia atau merbahaya kerana mungkin tersalah laku.
Walaa taqfu maa laisalaka bihii ilmun innas sam`a walbasyora walfu`ada kullu ulaaika kaana`anhu mas`ula. (al-Isra`ayat 36)
Ertinya:
“Dan janganlah engkau turut apa yang engkau tidak ketahui. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua ada kebertanggungganjawabnya.” (Al-Qur`an).
Ertinya:
“Dan janganlah engkau turut apa yang engkau tidak ketahui. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua ada kebertanggungganjawabnya.” (Al-Qur`an).
4. MATA BERPEPISAU KERIS BERLOK-LOK
3. SEBILAH KERIS DAN PERKAITANNYA DENGAN SEMAIN IMAN.
Apabila sesaorang pesilat memulakan gerak tarian kerisnya hendakalah Dihunjurkan mata keris itu ke atas kepala seselesa rasanya terlebih dahulu. Sebab makna dari gerakan ini ialah orang mu`min itu wajib mengesakan Allah s.w.t (Zat, sifat, asma` dan afaalNya) terlebih dahulu dalam syuhudnya sebelum bertindak serta sentiasalah ia menyanjong dan mengagongkan Tuhannya. Ertinya janganlah kamu bergantong kepada keris kerana ianya benda makhluk yang tidak boleh memberi bekas pada hakikatnya. Kalau kamu bergantung dan memuja kepada keris nescaya kamu terkena dosa syirik yang paling di murkai Allah Yang Maha Esa dan Maha Berkuasa. Hanya Allah yang boleh memberi bekas. Keris itu hanya alat sebagai sebab akibat sahaja. Segala sesuatu berlaku adalah dengan kehendak dan izin Allah. Kemudian barulah ia bergerak mara atau mengundur atau bergerak kekiri atau pun ke kanan dalam langkah silat seterusnya mengikuti jurus persilatan yang dipelajarinya.
Posted by adie at 9:37 AM 0 comments
Teladan Lebih Baik Daripada Peraturan
2. Sekiranya seseorang anak hidup dengan pujian, dia belajar menghargai sesuatu dan seseorang
3. Sekiranya seseorang anak hidup dengan permusuhan, dia belajar bergaduh dengan orang lain
4. Sekiranya seseorang anak hidup dengan persahabatan, dia belajar betapa pentingnya musyawarah sesama sendiri
5. Sekiranya seseorang anak hidup dengan persendaan, dia belajar menjadi nakal
6. Sekiranya seseorang anak hidup dengan ketawa, dia belajar erti kegembiraan
7. Sekiranya seseorang anak hidup dengan rasa malu, dia belajar rasa bersalah
8. Sekiranya seseorang anak hidup dengan hormat, dia belajar erti kemuliaan
9. Sekiranya seseorang anak hidup dengan tolak ansur, dia belajar bersabar
10. Sekiranya seseorang anak hidup dengan arahan, dia belajar menjadi gerun
11. Sekiranya seseorang anak hidup dengan galakan, dia belajar menjadi yakin
12. Sekiranya seseorang anak hidup dengan halangan, dia belajar menjadi bosan
13. Sekiranya seseorang anak hidup dengan kesaksamaan, dia belajar keadilan
14. Sekiranya seseorang anak hidup dengan pilih kasih, dia belajar penindasan
15. Sekiranya seseorang anak hidup dengan keselamatan, dia belajar mempunyai daya rasa
16. Sekiranya seseorang anak hidup dengan ancaman, dia belajar risau
17. Sekiranya seseorang anak hidup dengan kedamaian, dia belajar ketenangan
18. Sekiranya seseorang anak hidup dengan keserabutan, dia belajar menjadi panik
19. Sekiranya seseorang anak hidup dengan bentakan, dia belajar cara berdendam
20. Sekiranya seseorang anak hidup dengan restu, dia belajar menyukai diri sendiri
21. Sekiranya seseorang anak hidup dengan penerimaan, dia belajar menjalin hubungan sesama insan
22. Sekiranya seseorang anak hidup dengan penolakan, dia belajar membuat kemusnahan
23. Sekiranya seseorang anak hidup dengan kebencian, dia belajar menjadi meluat dengan hidup ini
24. Sekiranya seseorang anak hidup dengan kasih sayang, dia belajar menyintai hidup ini
Posted by adie at 8:50 AM 0 comments
Thursday, January 14, 2010
PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama
Posted by adie at 9:05 AM 0 comments
Wednesday, January 13, 2010
Kena sihir bukan mustahil
GANGGUAN kuasa jahat daripada jin dan syaitan boleh terkena kepada mana-mana pihak, terutama individu yang malas beribadat, sehingga membuatkan dirinya jauh daripada Tuhan.
Yang Dipertua Pusat Perubatan Islam Darul Salam, Abdul Hadi Ahmad Talhah, berkata gangguan itu adalah suatu perkara yang berlaku tetapi sesetengah doktor menafikannya, disebabkan gagal dikesan.
Menurutnya, ada orang mengerjakan solat, zikir dan puasa tetapi masih terkena juga gangguan syaitan.
"Tetapi yang penting kita baca (al-Quran) selalu, mudah-mudahan kita dapat elak gangguan jin dan syaitan atau sihir," katanya dalam satu bual bicara rakaman rancangan Radio Ikim, di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Rakaman rancangan itu bertajuk Perubatan Konvensional dan Alternatif: Di mana Titik Pertemuan, turut membabitkan pensyarah Kolej Perubatan Cyberjaya, Dr Suriyakhatun Osman dan Shamsul Azhar Mahmood daripada Medic Massage.net.
Abdul Hadi berkata, gangguan kuasa jahat itu bagaimanapun boleh diatasi dengan kaedah tertentu yang sesuai dengan Islam, seperti mengamalkan ayat al-Quran yang menjadi pendinding diri.
Menurutnya, seseorang itu kena beramal terlebih dulu kerana orang yang tidak beramal, walaupun dibaca ayat al-Quran tidak akan memberikan kesan mujarab.
Beliau menjelaskan, antara ayat yang wajar dibaca bagi mengelak gangguan itu ialah ayat Kursi, surah an-Nas, surah al-Falaq dan surah al-Ikhlas, malah boleh juga diazankan ke telinga orang yang terkena gangguan.
"Kalau azan tidak menjadi juga, pergilah jumpa orang yang selayaknya," katanya, sambil menjelaskan, beliau selalunya membaca ayat ruqyah (pendinding) untuk merawat dan mengubati pesakit yang terkena gangguan terbabit.
"Mungkin selepas baca dia akan sejuk, panas, meraung atau tidak berasa apa-apa, mungkin ada makhluk itu menonjol keluar, maka sahlah dia ada penyakit gangguan.
"Orang yang alami gangguan ini juga biasa diganggu dalam tidur, mimpi yang buruk, umpamanya mimpi dikejar makhluk yang tidak pernah dilihat, mimpi jatuh bangunan tinggi atau mimpi dipatuk ular.
"Tandanya diganggu syaitan atau jin. Kena cepat cegah awal supaya dapat mengelakkannya beranak pinak, tetapi janganlah jumpa bomoh tidak sepatutnya," katanya.
Posted by adie at 10:22 AM 0 comments
SIFAT-SIFAT YANG HARUS ADA BAGI ORANG YANG AKAN MELAKUKAN PENGUBATAN
- Harus mempunyai akidah yang benar, bersih dan jernih.
- Harus mewujudkan tauhid yang murni, baik dalam ucapan mahupun dalam perbuatan.
- Harus mempunyai keyakinan bahawa firman Allah sangat berpengaruh untuk menghalau jin dan syaitan.
- Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan.
- Harus mengetahui tempat-tempat pintu masuk jin dan syaitan.
- Orang yang akan mengubati sebaiknya orang yang sudah menikah.
- Harus menjahui perkara yang diharamkan, kerana dengan perkara yang haram tersebut syaitan menyerang manusia.
- Harus mengerjakan dan melaksanakan berbagai macam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, kerana amal tersebut akan dapat mengalahkan syaitan.
- Harus sentiasa mengingat Allah Yang Maha Agung, berzikir kepada-Nya, kerana zikir adalah merupakan benteng yang sangat kukuh dalam menghadapi syaitan yang terkutuk. Semuanya ini tidak akan dapat dilaksanakan jika tanpa mengetahui berbagai macam zikir dan doa harian sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. serta sentiasa mengamalkannya, seperti doa masuk rumah dan masjid, doa keluar dari rumah dan masjid, doa waktu mendengar suara ayam berkokok, doa ketika mendengar suara keldai, doa pada waktu melihat bulan purnama, doa waktu naik kenderaan dan sebagainya.
- Harus sentiasa memagar diri dengan cara mendekatkan diri kepada Allah.
Sebelum memulakan rawatan, pagar diri anda dan mintalah pertolongan dari Allah S.W.T dengan membaca Al-Istiadzah dan ayat-ayat di bawah ini :-
Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dengan nama Allah aku bertawakal kepada-Nya. Tiada upaya dan kekuatan (atas kami) melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi.
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah (ayat-ayat) Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang dicipta-Nya.
- Menyiapkan keadaan yang benar. Keluarkanlah gambar-gambar yang ada di dalam rumah, kerana dengan demikian malaikat akan berkenan masuk ke dalam rumah.
- Mengeluarkan serta membakar segala bentuk azimat yang ada pada orang yang terkena kerasukan tersebut.
- Membersihkan tempat dari lagu-lagu dan bunyi alat muzik.
- Membersihkan tempat dari perkara yang akan melanggar syariat, seperti orang lelaki yang memakai emas dan perempuan yang tidak tutup aurat.
- Memberi pelajaran tentang akidah kepada orang yang kerasukan jin tersebut serta keluarganya, sehingga menghapuskan rasa ketergantungan hatinya kepada selain Allah.
- Menjelaskan tentang cara pengubatan yang dilakukan tidaklah sama dengan pengubatan tukang sihir atau dukun, kemudian menjelaskan pula bahawa di dalam Al Qur'an terdapat ubat penawar serta rahmat, sebagaimana yang telah diberitahukan oleh Allah S.W.T.
- Memerhatikan keadaan dengan mengadakan beberapa pertanyaan kepada orang yang terkena kerasukan jin tersebut serta melihat tanda-tandanya. Pertanyaan-pertanyaan tersebut misalnya :
- Apakah engkau melihat beberapa ekor binatang dalam mimpi?
- Berapa ekor binatangkah yang kamu lihat?
- Apakah dalam mimpimu itu ada binatang yang mengejarmu?
- Apakah mimpimu itu adalah mimpi yang menakutkan?
- Apakah mimpimu itu seolah-olah kamu merasakan akan jatuh dari tempat yang sangat tinggi?
- Apakah dalam mimpimu itu kamu berjalan di tempat yang menakutkan?
Teruskanlah dengan pertanyaan tentang semua tanda-tanda pada waktu tidur dan pada waktu sedar (jaga) sehingga kita yakin bahawa orang yang akan diubati itu memang benar-benar kerasukan jin. Dari pertanyaan-pertanyaan yang diberikan kita dapat mengira berapa jumlah jin yang menganggunya. Misalnya, setiap ia bermimpi ia selalu melihat dua ekor ular, ini bererti ada dua jin yang mengganggunya.
Demikianlah jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu tidak mahu berbicara. Akan tetapi jika telah dijelaskan tentang dirinya dan berkata melalui lidah orang yang kerasukan jin tersebut, maka tidak perlu lagi dilakukan pertanyaan-pertanyaan seperti tersebut di atas, kerana perkaranya sudah jelas.
- Sebelum melakukan pengubatan dianjurkan berwhuduk terlebih dahulu begitu juga jika ada orang yang bersama dengan anda.
- Jika yang akan diubati itu adalah seorang perempuan, janganlah anda memulai pengubatannya sebelum orang yang akan diubati itu berpakaian menutup aurat.
- Janganlah anda melakukan pengubatan terhadap seseorang perempuan jika tanpa disertai oleh muhrimnya.
- Janganlah anda memasukkan seorang perempuan (seperti ke dalam bilik) jika tanpa disertai oleh muhrimnya.
- Berdoalah kepada Allah, semoga Allah membantu anda untuk mengeluarkan jin dari tubuh orang yang sedang diubati tersebut.
Tanda-Tanda Tok Bomoh Menggunakan Khadam / Jin Dalam Perubatan
- Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.
- Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning, kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya beliau bersahabat dengan Jin Islam.
- Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau berketayap.
- Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa, Sumatera dan sebagainya.
Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.
Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya " Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? "
- Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di hadapannya.
- Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap. Mereka juga kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.
Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan ghaibnya.
Sebenarnaya kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan kita dengan syarat-syarat berikut, antaranya :-
- Tidak terikat dengan mana-mana syarat daripada Khadam
- Tidak menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun )
- Kelakuan yang tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan
- Perawat telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat.
Posted by adie at 9:52 AM 0 comments